Wednesday 28 November 2012

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukar penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. Insya-Allah

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. Insya-Allah akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa &sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama,kitab-kitab fardhu ain, ataupun dengar ceramah-ceramah online(kalau boleh, semua seiring)

5. Perbanyakkan membaca Al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. tidak ada gunanya pembacaan Al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsif mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, iaitu semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat ( untuk berhijrah lillahi ta'ala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulakan memakai baju yang menutup peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupipeha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaanya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir

8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula Tudung Mesir/Bawal/Turki bidang 60. tudung jenis ini kebiasaanya labuh sampai ke siku. :)

No comments:

Post a Comment