Wednesday 28 November 2012

Punca Salah Faham Terhadap Islam

     Antara punca salah faham terhadap Islam di kalangan masyarakat 'belum Islam'yang selalu dibincangkan adalah media massa yang dikuasai 'belum Islam'. diceritakan bagaimana media massa memutar belitkan fakta sehingga menjadikan agama Islam seolah-olah agama yang ganas, mundur &sebagainya.

     Punca salah faham yang terbesar orang Islam sendiri ! Sedangkan orang Islam sendiri juga ada yang salah faham terhadap Islam, maka tidak hairan lah orang 'belum Islam' juga salah faham. Seperkara lagi yang menjadi penyumbang utama salah faham adalah gelagat orang Islam yang hanya Islam pada IC dan nama tetapi tidak pada akhlak dan kelakuan seharian sama ada mereka yang lahir Islam mahupun kembali kepada Islam.

     Berapa ramai berkopiah tetapi mencarut? Berapa ramai yang berjanggut tetapi kotor penampilannya? Berapa ramaiyang dikatakan ustaz/ustazah yang mengajar adab tetapi seolah-olah mereka tiada adab apabila perbalahan di anatara mereka? Berapa ramai yang memboikot McD kerana tidak menyokong regim Zionis tetapi masih tidak mampu memboikot rokok?

     Peribahasa menyebut, satu jari menuding ke arah orang lain, empat jari menuding ke arah kita dan perbaikilah diri kita agar Islam tidak disalah fahami. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment