Thursday 29 November 2012

Kepentingan Solat Di awal Waktu :)

Assalamualaikum wbt.. Pada petang yang mulia ini nak share kenapa pentingnya solat di awal waktu.

Hadis oleh at - Tarmizi dan Abu Daud berkata, "Ditanya Rasulullah saw, apakah amalan terbaik?' Rasulullah menjawab  "Solat di awal waktu"

Bagi kaum wanita, Rasulullah saw berpesan, ada 3 sebab mengapa mereka digesa solat sebaik sahaja masuk waktu. Antara sebabnya ialah  :
1. Ajal boleh datang tanpa disangka-sangka
2. Datang haid yang tidak dijangka waktunya
3. Kedatangan tetamu ke rumah tidak mungkin ditolak sedangkan waktu itu kita belum menunaikan solat.

Sementara itu, dalam surah al-Mukminun ayat 10 hingga 11, Allah berfirman yang bermaksud , "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus dan kekal didalamnya."

Demikianlah perkara yang perlu dititik beratkan. mungkin kita menunaikan solat 5 waktu sehari. Tetapi adakah ia dikerjakan pada awal waktu dan adakah kita menjaga solat? Solat bagaikan tiang agama, bialah tiang itu sekukuh mungkin. Teruskan usaha kita dalam mendirikan solat di awal waktu.
Moga peringatan tulus ikhlas ini memberi manfaat bersama Wallahualam..

No comments:

Post a Comment