Friday 30 November 2012

Kelebihan Wudhu'

Small kuliyyah untuk anda di pagi Jumaat yang barokah moga bermanfaat :)

Dari Abu Hurairah ra katanya : saya mendengar Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat diantara engkau semua hendak memperpanjangkannya (yakni menambah cahayanya) maka wajarlah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwhudu' itu sesempurna mungkin."

Dari Usman bin Affan ra katanya : Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'nya, yakni menyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya" (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah ra pula bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "Sukakah engkau semua kalau aku tunjukkan akan sesuatau amalan yang dapat meleburkan semua kesalahan (dosa) dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat? Para sahabat menjawab : Baiklah, Ya Rasulullah
Baginda lalu bersabda : Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemuai beberapa hal yang tidak disenangi, seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkah kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebutribath, iaitu perjuangan menentang nafsu untyk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan" (Riwayat Muslim)
 
Dari Umar bin Al-Khatab ra dari Nabi saw sabdanya : "Tiada seseorang pun dari engkausemua yang berwudhu' lalu ia menyampaikan yakni meneyempurnakan wudhu'nya, kemudian mengucapkan : Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika la, wa syhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, melainkan dibukanlah untuknya pintu syurga yang dihadapannya beberapa buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga ynag dikehendaki olehnya" (Riwayat Muslim)

**Belajarlah berwudhu' dengan sempurna :)

Thursday 29 November 2012

Kepentingan Solat Di awal Waktu :)

Assalamualaikum wbt.. Pada petang yang mulia ini nak share kenapa pentingnya solat di awal waktu.

Hadis oleh at - Tarmizi dan Abu Daud berkata, "Ditanya Rasulullah saw, apakah amalan terbaik?' Rasulullah menjawab  "Solat di awal waktu"

Bagi kaum wanita, Rasulullah saw berpesan, ada 3 sebab mengapa mereka digesa solat sebaik sahaja masuk waktu. Antara sebabnya ialah  :
1. Ajal boleh datang tanpa disangka-sangka
2. Datang haid yang tidak dijangka waktunya
3. Kedatangan tetamu ke rumah tidak mungkin ditolak sedangkan waktu itu kita belum menunaikan solat.

Sementara itu, dalam surah al-Mukminun ayat 10 hingga 11, Allah berfirman yang bermaksud , "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus dan kekal didalamnya."

Demikianlah perkara yang perlu dititik beratkan. mungkin kita menunaikan solat 5 waktu sehari. Tetapi adakah ia dikerjakan pada awal waktu dan adakah kita menjaga solat? Solat bagaikan tiang agama, bialah tiang itu sekukuh mungkin. Teruskan usaha kita dalam mendirikan solat di awal waktu.
Moga peringatan tulus ikhlas ini memberi manfaat bersama Wallahualam..

Orang Alim Beritahu..~

     " Semakin kita berilmu semakin takut da berharap pada Allah swt. Semakin kita berilmu semakin amal dan kasih kita pada Sunnah Rasulullah saw.  Semakin kita berilmu semakin khusyuk solat kita.  Semakin kita berilmu semakin suka kita pada majlis ilmu dan zikir.  Semakin kita berilmu semakin baik dan ihsan hubungan kita pada semua makhluk.  Semakin kita berilmu semakin ikhlas perintah dan larangan Allah kita lakukan.  Semakin kita berilmu semakin banyak masa, diri & harta kita serahkan pada Allah..."

Kisah Seorang Anak Di dalam Rahim

Seriously sedih sangat-sangat bila baca T_T

Please, tak mintak apa-apa pun just tolong baca terutamanya WANITA..


Bulan 1 : Bu, panjang adik cum 2cm tapi adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan 2 : Bu, adik dah boleh merasa jari jemari, di sini terasa hangat bu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ya..

Bulan 3 : Bu, biarpun adik belum tahu jantina adik, tapi apa pun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan.. Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan 4 : Bu, rambut adik dah mula tumbuh, adik dah boleh menggerakkan kepala ke kiri dan kanan..

Bulan 5 : Bu.. tadi jumpa doktor ya? Doktor cakap apa? Apa benda D&E tu bu? Adik tak kan apa-apa ya bu?

Bulan 6 : Ibu jumpa doktor tu lagi ya? Bu, tolong bagitau doktor tu adik di sini sihat-sihat je ! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik.. Benda tajam tu pula memotong kaki adik, sakitt bu walaupun adik dah tiada kaki, adik masih ada tangan yang boleh memeluk ibu.. Bu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik, ibu tolong adik.. Adik janji tak akan naka-nakal dengan ibu.. Tapi biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki, adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi.. Benda itu sekarang sudah mula memotong memutuskan leher adik, ibuuuuu.. Maaf bu.. Berilah adik kesempatanhidup, adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7 : Bu, adik disini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di syurga, Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu, Tuhan telah menyuruh bidadari memeluk, menjaga, memegang tangan, mengendong adik dengan lembut, dan lalu Tuhan membisik memberitahu apa itu D& E.. Kenapa ibu tetap melakukannya? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik? Apa salah adik bu? Ibu bertaubat ya, semoga Tuhan menempatkan ibu disini dan jangan lupa ajak ayah ayah juga ya ibu..

# Terlalu cepatkah seorang bayi yang belum sempat dilahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya? Allahu Rabbi..


Gurls save ur love story only for Halal..

Gurl : Sejauh mana awak sayang saya?

Boy : Awak umpama simcard dalam fon saya. takde simcard, tak aktiflah fon saya.

Gurl  : Ohmaii, so sweet. Thanks awak ! Sayang awak forever !

Boy : Oh my pleasure sayang (dia taktahu fon aku boleh masuk dua simcard, hehe)

Just for fun but have deep meaning. Fahaminya ;)

Proud to be Muslim

"Kamu belum tentu akan mati dalam keadaan Islam dan mereka yang kafir belum tentu akan mati dalam keadaan kafir. Memang fitrahnya di lahir dalam keadaan Islam tetapi tidak pernah menghargai fitrah Islamiah. Memang fitrahnya di lahir dalam keadaan kafir tetapi tidak pernah membenci Islam dan respect orang Islam. Kita membenci orang kafir tetapi kita ikut gaya orang kafir . Hidayah Allah tidak mengenal sesiapa. Jangan terlalu bangga dengan namanya Islam kalau diri sendiri tidak pernah cuba untuk menampakkan Islam itu indah. Allahu Rabbi.."
#Hari ini kamu dalam keadaan beragama Islam maka bersyukurlah kerana kamu antara orang-orang terpilih :'D

Tanda-tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap

~| Banyak saksi palsu

~| Kurang sifat amanah

~| Zina bermaharajalela

~| Ramai anak luar nikah

~| Penaklukan Baitulmaqdis

~| Bermaharajalela alat muzik

~| Banyak berlaku gempa bumi

~| Ramai orang soleh meninggal dunia

~| Menghiasi masjid dan membanggakannya

~| Lelaki mentaati isterinya dan medurkai ibunya

~| Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil

~| Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja

~| Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

~| Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya telanjang

~| Muncul kekejian dan memutuskanhubungan kekeluargaan

~| Dusta berleluasadan tidak tepat dalam oenyampaian  berita

Sabda Rasulullah s.a.w "Sebarkan walaupun sepotong ayatku".

No Couple until 'Akad !!

~CINTA LEPAS NIKAH KAN LEBIH INDAH~

1st time kenal -->> Takut nak tegur -->> Dah tegur -->> Takut suka -->> Dah suka -->> Takut jatuh cinta -->> Bila  dah jatuh cinta -->> Takut kehilangan dia


      Hmm apa kata kita tukar...

Cari ilmu agama + buat persiapan bina keluarga -->> Sampaikan hajat kepada ibu bapa -->> Ibu bapa @ kenalan cari jodoh yang sesuai -->> Pergi taaruf -->> Bila berkenan terus meminang -->> Kahwin -->> Bercinta -->> Bina keluarga bahagia insya-Allah

Jodoh anda adalah cerminan anda. Lengkapkan diri dengan ilmu agama insya-Allah bahagia hingga akhir hayat & selamat dunia akhirat..

Wednesday 28 November 2012

Mencari atau Menjadi?

" Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya", kata kaum Hawa...

"Ana memang tidak sebagus Ali sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tidak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah !", kata kaum Adam pula...

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Semua bermula dari diri kita sendiri ayuh jadi solehah untuk mendapatkan soleh dan ayuh jadi soleh untuk dapatkan solehah ^_^


Cover your aurah ! It's compulsory..


Dear sisters, 1 day, u will be wrapped around, fully covered head to toe, n lowered into ur grave. Don't let ur last day on earth be the 1st day u wear hijab.

      Bertudunglah walaupn terpaksa, solatlah walaupun terpaksa, puasalah walaupun terpaksa kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya memaksa dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukn hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kpdNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dulu untuk beribadah sampai bila nak menunggu?

~Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari~

Soul Breakfast Dari Sahabat..

      "Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak-anak muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan . Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"
Kata-kata dari manusia yang 'bijak' pandai...

     Maka tersebutlah kisah diman Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

"Usaha itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

      Lalu burung kecil itu membalas : "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ad ali itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamnya."

      Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine, Syiria, Burma atau dimana saja yang sedang terseksa itu, apalah seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, burger dan satu cup pepsi mahupun godaan-godaan lain.
Selamat berfikir dan merenung diri :)

Sumber ilham - Solusi magazine
(share from Ukhti Dyra Hadi)

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukar penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. Insya-Allah

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. Insya-Allah akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa &sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama,kitab-kitab fardhu ain, ataupun dengar ceramah-ceramah online(kalau boleh, semua seiring)

5. Perbanyakkan membaca Al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. tidak ada gunanya pembacaan Al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsif mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, iaitu semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat ( untuk berhijrah lillahi ta'ala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulakan memakai baju yang menutup peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupipeha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaanya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir

8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula Tudung Mesir/Bawal/Turki bidang 60. tudung jenis ini kebiasaanya labuh sampai ke siku. :)

Nasihat dari seorang hamba Allah..

''Tak pakai tudung labuh xpe.. yg penting tutup dada..
Tapi klu dah ada niat nak pakai dan nak istiqamahkan, teruskan..
Caranya, rajin ikut program teamhijrah coz 'suasana yg bertudung labuh, membakar semangat kita utk kuat bertudung labuh'.. byk berkumpul dgn org2 solehah..
Insya-Allah.. Awk boleh cuma awk xyakin dn terlalu terpengaruh dgn suasana  yg bukan suasana tudung labuh..
Nak bertudung labuh dan istiqamah??? Cari suasana org2 brtudung labuh ^_^

Awk kena cari kwn yg sentiasa bw awk kpd benda2 yg baik.. jauhi mrk2 yg buat kmu dekat dgn perbuatan kisah silam..
Jgn risau.. Bykkan berdoa.. Allah sentiasa tolong :)
Yakin.. Chayok3x!!!!!!! :D'' 

Syukran banyak membantu . Jazakallahu Khairan khathiran !

Punca Salah Faham Terhadap Islam

     Antara punca salah faham terhadap Islam di kalangan masyarakat 'belum Islam'yang selalu dibincangkan adalah media massa yang dikuasai 'belum Islam'. diceritakan bagaimana media massa memutar belitkan fakta sehingga menjadikan agama Islam seolah-olah agama yang ganas, mundur &sebagainya.

     Punca salah faham yang terbesar orang Islam sendiri ! Sedangkan orang Islam sendiri juga ada yang salah faham terhadap Islam, maka tidak hairan lah orang 'belum Islam' juga salah faham. Seperkara lagi yang menjadi penyumbang utama salah faham adalah gelagat orang Islam yang hanya Islam pada IC dan nama tetapi tidak pada akhlak dan kelakuan seharian sama ada mereka yang lahir Islam mahupun kembali kepada Islam.

     Berapa ramai berkopiah tetapi mencarut? Berapa ramai yang berjanggut tetapi kotor penampilannya? Berapa ramaiyang dikatakan ustaz/ustazah yang mengajar adab tetapi seolah-olah mereka tiada adab apabila perbalahan di anatara mereka? Berapa ramai yang memboikot McD kerana tidak menyokong regim Zionis tetapi masih tidak mampu memboikot rokok?

     Peribahasa menyebut, satu jari menuding ke arah orang lain, empat jari menuding ke arah kita dan perbaikilah diri kita agar Islam tidak disalah fahami. Wallahualam...

Allah Maha Suci..


Pelajar : Ustazah,  doakan saya.. saya nak dapat 8A dalam SPM ni. Serius !

Ustazah : Ya Insya-Allah saya doakan

Pelajar  : Ustazah kata nak doakan tapi ustazah tak mintak nama saya pun.

Ustazah : Ya apa nama awak?

Pelajar : Adam ustazah

Ustazah : Kenapa awak macama beria-ia sanagat ni?

Pelajar : Saya kena dapatkan jugak 8A, sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya. Mak saya kata, kalau    
             saya dapat 8A saya boleh mintak apa saja. Mak saya tak tahu apa lagi yang saya nak.

Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?

Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

*Ustazah terkejut dan terharu, lantas beliau mengangkat tangan dan terus berdoa untuk si pelajar tadi Allahu Rabbi

Adakah anda ingin menjadi anak yang soleh?? Renung-renungkan...

Anda Kecewa Untuk Bercinta?

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita  bertemu jodoh yang sebenar masih ada rasa syukur  kita pada ketentuanNya.

2. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah

3. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita dapat jadi penilai yang terbaik

4. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik  khas untuk diri kita

5. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana mengingatkan kita  bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan

6. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua berpeluang mengalaminya

7. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya

8. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah

9. Memang Allah sengaja menemukan kita dnegan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal

Wahai sahabat dan diruku yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampaike penghujungnya. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNya. Percayalah sesunggauhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tanagn meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya. Allah knows best ! ^^,