Friday 5 April 2013

Pilihan yang tepat buat sang kekasih

Untuk Adam andai mahu mencari Hawa...

1). Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tanganya andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikir lah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang bukan mahram.

2). Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya andai kata-katanya berbisa dan mudah bermanja-manja dengan lelaki yang bukan mahram atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

3). Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang mata indah miliknya andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


Dan untuk Hawa anda mahu menerima cinta Adam...

1). Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba khuatir subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah

2). Janganlah dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya andai mudah lutunya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri

3). Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memillihnya khuatir apabila bersama kelak kesalahan kecil anda akan menerrima hamburan cacian yang menyeksakan

No comments:

Post a Comment