Petua menegur anak-anak zaman sekarang (Gen Y)
1. Apabila menegur anak, janganlah terlalu banyak mencelanyapada sertiap waktu. Sebab ini akan menyebakan 'telinga si anak menjadi tebal' (tidak mengendahkan segala celaan itu.) Dia akan terus berani membuat kesalahan dan segala nasihat yang dihamburkan kepadanyatidak akan meninggalkan apa-apa kesan di dalam hatinya.
2. Kita mesti bijak mengendalikan cara-cara berbicara dengannya. jangan menegur atau memarah anak melainkan pada masa-masa yang tertentu. bagi ibu pula haruslah pandai memaikan peranannya, iaitu dengan mengingatkan si anak supaya bersifat segan kepada ayah dan menasihatkannya supaya menjauhi kelakuan buruk.
4. Jangan sesekali memalukan anak atau membuka rahsianya, dan janganlah menampakkan kepadanya, bahawa ada orang lain yang berani melakukan sepertinya. terutama sekali apabila anak itu telah mencuba untuk menutup keaibanyan, dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan kesilapannya. Sebab, membuka rahsianya mungkin akan menimbulkan perasaan tindak balas anak itu, sehingga dia menjadi berani mengulangi kelakuan yang salah itu, meskipun di ancam untuk didedahkan kesalahan itu kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment